APA ITU OBESITI


APA ITU OBESITI.?

Hari ni kita kenal apa itu OBESITI okey 🙂
Obesitas-Selingkaran-500x300
Menurut wikipedia Obesiti merupakan keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
To be honest. Mizah pun termasuk dalam kategori OBESITI ni. Ketinggian mizah hanya 148 cm manakala berat mizah pula 60kg. 
549559_453580191339782_996645969_n

OBESITI PENCETUS PELBAGAI PENYAKIT?

Adakah saya gemuk? 

Ketahuilah Indeks Jisim Badan (IJB) – Body Mass Indexs (BMI) anda. Anda gemuk (obes) sekiranya IJB anda ≥ 27.5. 

Bagaimana cara untuk mengira BMI? SILA KLIK DI SINI.

Apakah itu Indek Jisim Badan (BMI)?

Indeks Jisim Badan (BMI) adalah indeks pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian.

Formula adalah seperti tertera: BMI = Weight (kg) / Height² (m) ² Saringan obesiti memerlukan ukuran berat badan dalam kilogram dan ukuran ketinggian di dalam meter.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinasikan BMI 30 kg/m2 atau lebih sebagai obes. Sementara BMI 25 kg/m2 atau lebih sebagai berat badan berlebihan (6). Walau bagaimana pun risiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular di kalangan penduduk Asia berlaku pada tahap BMI yang lebih rendah dari skala yang telah dinyatakan. Penduduk Asia mempunyai kadar lemak yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat barat pada skala BMI yang sama.

Klasifikasi Kegemukan (Obesiti)

WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia.

Klasifikasi BMI (kg/m2) Risiko Kesihatan
Kurang berat badan <18.5 Rendah
Julat normal 18.5 – 22.9 Risiko meningkat tetapi boleh di terima
Berlebihan berat badan > 23
Pra-Obes 23.0 – 27.4 Risiko meningkat dengan ketara
Obes 1 27.5 – 34.9 Risiko tinggi
Obes II 35.0 – 39.9 Risiko sangat tinggi
Obes III > 40.0 Risiko terlalu tinggi

Mengapakah saya harus mengetahui dan mengawasi BMI saya?

Faktor utama yang mempengaruhi kesihatan sepanjang hayat adalah berat badan. Pada amnya seseorang yang gemuk adalah kurang sihat. Seseorang yang pra-gemuk dan gemuk lebih cenderung kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit “osteoarthritis”. Kegemukan juga boleh menyebabkan seseorang itu mendapat kanser.
Kegemukan juga memberi gangguan kepada pergerakan, kegiatan fizikal dan fungsi sistem tubuh badan.
Kajian Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 16.6% orang dewasa mengalami pra-obes dan 4.4% lagi mengalami kegemukan. Dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia dewasa mengalami pra-obes atau kegemukan.

 

Apakah berat badan yang unggul?

Kiraan IJB diantara 18.5 – 23 adalah dikira sebagai berat badan unggul. Sebagai contoh sekiranya ketinggian anda 1.5 meter, berat badan 50 kg, IJB anda adalah 50/(1.5 x 1.5) iaitu 22.2.

Bagaimana saya boleh mencapai berat badan yang unggul?

Sekiranya anda lebih berat badan, anda perlu membuat tindakan yang tegas untuk mengurangkan berat badan.
  • Rujuk kepada doktor, pegawai pemakanan dan pakar pemakanan.
  • Capai matlamat untuk mengurangkan berat badan secara beransur-ansur. Jangan kurangkan berat badan dengan menyekat pengambilan makanan secara mendadak tetapi pilihlah makanan yang berkhasiat atau pengambilan vitamins atau supplements yang baik.
  • Ikut garis panduan pemakanan yang disyorkan.
  • Kurangkan pengambilan kalori dan ubahsuai pemakanan anda.
  • Bersenam dengan kerap sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, selama 20 minit setiap kali.
Pentingnya untuk kita mengekalkan berat badan yang unggul tanpa obesity. Berat badan yang unggul dapat mengelakkan kita dari menghidapi pelbagai penyakit yang berkaitan dengan obesiti ini. Amalkan cara hidup sihat dengan makan secara sihat dan sentiasa aktif setiap hari. Pilihan berada di tangan ANDA??

ADAKAH ANDA BERADA DIKALANGAN MEREKA YANG GEMUK ATAU OBESITI.?

TEPUK DADA TIMBANG SENDIRI.

Saya Hamizah Health & Beauty Consultant sedia membantu anda mengatasi masalah obesiti.

Anda tahu apa yang terbaik untuk anda~

*Pertanyaan dan pesanan, hubungi mizah.!

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE,
SMS / Whatsapp : 019-9591210 (Ct Hamizah)
Email : hamizah.shaklee@yahoo.com.
Instagram : @hamizah.healthylife
Facebook : Ct Nurul Hamizah (Trusted Shaklee ID)
Page : Ct Hamizah Official Distributor Shaklee

Advertisements