KENAPA SUPPLEMEN PENTING?


KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT?

APA ITU SUPPLEMENT?

Supplement jika dialih bahasa bermaksud makanan tambahan atau pelengkap makanan. Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.

vitamin

KENAPA SUPPLEMENT ITU PENTING?

Salah satu faktor supplement atau makanan tambahan penting dalam diet seharian kita adalah kerana kita tak pasti adakah pengambilan nutrisi harian kita lengkap.

Yela, sekarang banyak fass food, process food dan disebabkan kesibukan ibu dan bapa yang bekerja, mereka lebih selesa memilih makan di luar. Selain itu, faktor pencemaran udara yang mendatangkan radikal bebas di dalam tubuh juga menyumbang kepada kenapa kita perlu mengambil supplement dalam diet seharian kita.

APAKAH KEPENTINGAN SUPPLEMENT?

  1. Memulih dan memelihara kesihatan
    • Gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka mengalami penyakit yang menjejaskan kehidupan. Makanan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi” yang mengandungi makanan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organic, glukos, dan hormone. Unsur-unsur ini dapat memulihkan kesihatan dan mengembalikan kecergasan.
  2. Menyingkirkan toksik dalam badan.
    • Kerosakan tisu-tisu badan dapat dikurangkan dengan pengambilan suplement yang mampu menyahtoksik. Toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan.
  3. Menguruskan badan dan memperoleh tubuh yg cantik.
    • Pengambilan chitosan dapat membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan mengurangkan lemak dalam badan
  4. Meningkatkan tenaga.
    • Pengambilan cendawan(gano) mampu meningkatkan tenaga.
  5. Meningkatkan kemampuan kadar pemyembuhan penyakit.
    • Ganoderma dikenali sebagai raja herba ajaib yang berupaya untik mencuci darah, melindungi hati, menguatkan jantung, dan meningkatkan keupayaan buah pinggang.

 

KENAPA PERLU AMBIL SUPPLEMENT?

  1. Makanan harian yang tak seimbang 
    Dunia moden dan canggih sekarang serta sibuk berkerja makanan segera memang jadi pilihan utama. Contoh seperti McDonald, KFC, Domino dan mee segera. Untuk masak sendiri memang jarang kan. Kalau masak pun mungkin pada hujung minggu sahaja. Sudah pasti la menu makanan harian tak lengkap dan tak seimbang. Bila makan di luar memang akan menjadi pilihan makanan yang berlemak, berminyak,  tinggi gula dan garam sebab kebanyakan atau semuanya sedap. Sebab tu kita perlu ambil supplement.
  2. Khasiat / zat makanan mudah hilang
    Makanan yang kaya dengan protein dan vitamin C contohnya mudah hilang khasiat bila dimasak. Seperti protein yang akan mudah musnah jika haba atau suhu tinggi . Contohnya ikan. Ikan mengandungi protein. Kebanyakan kita gemar memasak ikan dengan cara menggoreng kerana ianya lebih mudah dan sedap. Betul tak?
  3. Kualiti sayur / buah
    Ramai yang suka makan buah. Dan mungkin juga ramai yang suka makan sayur. Kebanyakan mereka mengganggap bila makan sayur atau buah pengambilan vitamin dalam diet seharian mereka sudah cukup lengkap. Kurang tepat sebenarnya. Kebanyakan sayur dan buah disembur dengan racun perosak dan ada juga yang di ‘wax’ supaya ianya lebih tahan lama. Jadi macam mana kita dapat zat sepenuhnya dari sayur dan buah itu sendiri?
  4. Mengambil ubat ubatan
    Ubat ubatan sebenarnya boleh mengganggu penyerapan zat dan nutrisi dalam badan. Kita boleh mengelak untuk tidak mengambil ubat kecuali jika sakit atau atas nasihat daripada doktor. Sebenarnya, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Dengan mengambil makanan tambahan atau supplement sebenarnya adalah salah satu cara untuk kita mencegah daripada badan kita jatuh sakit. So kita ada pilihan untuk tidak bergantung kepada ubat selama-lamanya.
  5. Pelengkap nutrisi kepada tubuh
    Dengan mengambil supplement inshaALLAH ia dapat membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh. Dengan hanya bergantung kepada makanan sebenarnya agak sukar untuk badan memperolehi semua vitamin dan mineral.. Contoh asid amino. Agak sukar untuk badan mendapatkan asid amino yang cukup dan berkualiti dari diet harian dan sebagai gantinya bolehlah Cik Jah cadangkan mengambil supplement ESP yang lengkap dengan semua 22 asid amino penting kepada tubuh.

 

SIAPA YANG PERLUKAN SUPPLEMENT?

Supplemen ialah makanan yang diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang diperlukan untuk menampung keperluan badan, meningkatkan kekuatan, dan daya tahan seperti:-

  1. Wanita hamil :
    • Bayi dalam kandungan amat memerlukan nutrien seperti kalsium, zat besi, dan protein tambahan untuk perkembangan yang sihat. Wanita hamil digalakkan untuk mengambil asid folik sebanyak 400 mcg sehari untuk menjamin tumbesaran fetus yang seimbang. Ibu mengandung memerlukan ferum untuk membantu pembentukan sistem saraf pusat fetus. Alahan yang sering dialami oleh ibu-ibu mengandung menyebabkan muntah-muntah dan selera makan yang berkurangan. Pengambilan supplement dapat meminimumkan risiko kekurangan nutrien dalam badan.
  2. Ahli sukan atau atlet
    • Atlet sering kehilangan glukosa dalam badan. Oleh itu, supplement diperlukan untuk menampung glukosa yang telah hilang itu. Supplement juga dapat membantu memulihkan tenaga dengan cepat kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu pertandingan atau latihan. Supplement juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum.
  3. Pesakit
    • Kanak-kanak memerlukan supplement untuk membantu tumbesaran yang sihat dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas. Pengambilan minyak ikan, garam mineral, vitamin C, dan kalsium adalah sangat penting.
  4. Warga tua
    • Warga tua sering mengalami masalah osteoporosis, iaitu penyakit tulang rapuh. Supplement seperti kalsium diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Wanita yg mengalami menopause perlu mengambil hormone progesterone untuk mengimbangi ketidakstabilan hormon yang berlaku dalam badan. Warga tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium, dan sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplement bagi mengekalkan kecergasan badan.

 

Kesimpulannya, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai seperti buah-buahan dan sayur-saturan, boleh jadi kita masih memerlukan nutrisi yang lebih dan badan kita masih lagi dahagakan nutrisi kerana sebab-sebab di atas.

Supplement yang juga merupakan makanan tambahan, sebenarnya bukan bertindak sebagai pengganti nutrisi makanan. Supplement tu sebenarnya berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

SUPPELEMENT BUKAN UBAT. Ramai kena tahu bezakan antara supplement dan ubat.

Cik Jah harap semua dapat sedikit manfaat dan pemahaman daripada perkongsian ini.

Inilah misi kami SID Shaklee. Misi kami di Shakleeadalah untuk memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Dapatkan vitamin shaklee sekarang untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan anda, anak anda dan orang kesayangan anda. Hubungi saya untuk mendapatkan set shaklee dengan harga JIMAT.!

*Pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi mizah.!

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE,
SID 1256430
Anda tahu apa yang terbaik untuk anda~
SMS / Whatsapp : 019-9591210 (Ct Hamizah)
Email : hamizah.shaklee@yahoo.com
Instagram : @kedaicikjah_
Facebook : Ct Hamizah (Trusted Shaklee ID)
Page : Ct Hamizah Official Distributor Shaklee

 

Senaman Ringkas Untuk Kurus


Senaman Ringkas Untuk Kurus

Semua orang nak kurus kan? Termasuk la Cik Jah. Spenjang 31 tahun hidup Cik Jah rasa macam tak pernah kurus je. Haha. Melampau sangat la statement tu. OK. TIPU! Cik Jah start naik badan bila dah kahwin pastu bersalin pulak 2 orang puteri ni. Sejak tu, tak pernah lagi kurus.

.

Cik Jah sekarang berat 62.9 kg (OMG!) dan ketinggian hanya 148cm. Rendah kan?

whatsapp-image-2017-07-27-at-4-43-36-pm-1.jpeg

Disebabkan datang kesedaran untuk hidup secara sihat, Cik Jah sedang berusaha untuk dapatkab balik berat ideal Cik Jah masa belajar dulu. Zaman belajar berat Cik Jah 55kg paling ringan. BMI atas tong je. Ngam-ngam. Kalau tergelincir sikit ke terus masuk kategori OBESITI.

.

Bila dah start balik rutin diet ni, Cik Jah cuba selitkan senaman seminggu paling kurang 2 kali. Kalau dapat buat tiap-tiap hari pun bagus. Takpe. Slow-slow. Bila dah biasa nak buat hari-hari pun boleh.

.

Ok. Meh Cik Jah kongsi cara senaman mudah yang kita boleh buat bagi mereka yang baru mula nak berjinak dengan senaman dan diet sihat.

tips kurus sihat

  1. Aktifkan diri. Kita kena banyak bergerak. Banyakkan berjalan. Teruskan berjalan dan berjalan. Anggap basikal dan motor tidak wujud. Ini senaman paling mudah yang kita boleh buat tanpa perlu menghabiskan wang dan masa.
  2. Sarapan jangan tinggal. Sarapan sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh sepanjang hari.
  3. Kurangkan makan dan minum minuman manis. Tapi tambahkan manis dalam senyuman. Baru la nampak lebih manis perwatakan.
  4. Jangan amalkan minuman bergas.
  5. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Sebaiknya 6 kali sehari. Pastikan ada 2 heavy meal dalam sehari. Lagi 4 kali tu boleh ambil makanan ringan je.
  6. Makan buah-buahan. Tapi jangan berlebihan. Buah-buahan kan manis.
  7. YOGA. Cik Jah tak pernah beryoga. Haha.
  8. Workout. Tak semestinya nak kena pergi gym atau padang bila nak workout ni. Kat rumah pun boleh la. Cik Jah pun workout kat rumah je. Masak kat dapur dan mengemas rumah pun salah satu cara #supermak workout tau.
  9. Selalu la pantau berat. Tapi jangan sampai obses okey.

Itu antara sedikit tips yang Cik Jah boleh kongsi. Cik Jah nak kongsi juga la macam mana Cik Jah workout di rumah.

.

Sekarang kan teknologi di hujung jari. Kita boleh guna pakai aplikasi YOUTUBE tu. Google je senaman apa yang kita nak. Nanti keluar la berderet-deret cadangan senaman yang sesuai dengan apa yang kita nak. Senang kan?

.

Ni Cik Jah kongsikan salah satu senaman ringkas untuk mereka yang baru nak start workout. Simple je stepnya. Everyone can follow.

.

Bila dah amalkan senaman tu, badan mesti letih dan hilang banyak tenaga. Ha. Cik Jah ada cara nak pastikan badan kekal bertenaga bila bersenam. Kalau korang nak tahu kena tunggu next entri Cik Jah tau.

.

Jangan lupa senaman kalau nak kurus secara sihat dan selamat okey.

 


Dapatkan vitamin shaklee sekarang untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan anda, anak anda dan orang kesayangan anda. Hubungi saya untuk mendapatkan set shaklee dengan harga JIMAT.!

*Pertanyaan dan pesanan, boleh hubungi mizah.!

FREE CONSULTATION, AFFORDABLE PRICE,
SID 1256430
Anda tahu apa yang terbaik untuk anda~
SMS / Whatsapp : 019-9591210 (Ct Hamizah)
Email : nuhamizah@yahoo.com.my
Instagram : @cikjah.healthbeauty
Facebook : Ct Hamizah (Trusted Shaklee ID)
Page : Ct Hamizah Official Distributor Shaklee